Saturday, August 11, 2012

Ke Mercu Jaya

Assalamualaikum, Dah la ma tak menulis,pagi 10 akhir Ramadhan 2012 ni, ingin pula nak buka blog. Sepanjang tahun 2012 ini banyak juga yang telah dilalui.. Semalam mempengerusikan kem bahasa di PPD Kinta Utara .Hampir 100 orang guru hadir. Guru-guru TCS terutama Shahrul,setiausaha dan team panitia BM banyak membantu, terima kasih. Yang seronoknya Tuan Hj Marazlen, PPD, sendiri hadir sekejap. Pegawai lain En Ashraf dan En Yusuf merasmikan penutupan. Sepanjang 2012., aku berhijrah ke Tarcisian Convent, Ipoh . Satu persinggahan yang singkat di RPS pada tahun 2011, sangat singkat namun bermakna. Di situ wujud kawan kawan yang ikhlas dan komited ada juga yang tenggelam punca, tidak mengenal kebaikan dan erti perjuangan.dalambahasa lain ada pengikut yang tidak setia.. Namun Allah maha besar. setiap kesusahan ada kebaikan yang mengikutinya. itu yang tersurat. TCS ...bersama semua guru yang komited akan ku bawa ke mercu jaya.insyaalah.

Saturday, March 5, 2011

Semalam dan Hari ini..

Salam semua, blog ini sebenarnya belum ada pengunjungnya sebab aku belum hebahkan lagi kepada kawan-kawan, cukup buat aku catat mana yang teringat. Sebenarnya kalau nak buat cerita bersiri pun boleh, memang panjang, tak ada kesudahannya..Selalu aku catatkan cerita profesyen, kini nak cerita hal diri sendiri pulak.
Semasa aku baru kahwin pada hujung tahun 1979, aku tidak terus tinggal bersama suami kerana beliau bertugas di Port Dickson dan aku mengajar di Taiping, tinggal sorang- sorang, selama 3 minggu sebelum bersalinkan cahaya mata pertama , aku tinggal dengan Cho dan Abg min.(Hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka), Emy lahir pada 21 Sept 1980, comelnya dia, putih, gebu dan matanya sepet. Selepas pantang tinggallah Emy denga Opah dan Atok hingga berumur 5 bulan sebelum aku bawanya ke Port Dickson.Sedih lah opah dan atok serta Chu yang amat memanjakan Emy. Di Port Dickson Emy dijaga oleh makcik dekat rumah , baik orangnya. Emy membesar dengan penuh kasih sayang dan abah tetap disiplinkan dia.
Emy anakku, kamu adalah sinar dalam hidup mak dan abah. Kamu cemerlang dalam UPSR tanpa tuisyen atau kelas tambahan, malah sebok menjaga adik-adik kerana abah berada di Sarawak.Kamu pandai menjaga adik-adik kamu, namun kamu bukan jenis yang bercakap banyak. Kamu tak mahu menyusahkan orang, malah adik adik kamu sendiri, kamu simpan cerita suka cerita duka hingga hari ini, lambang isteri yang amat setia , namun cuma jauhari yang mengenal manikam...ketahuilah anakku apa saja pengorbanan kamu terhadap kejayaan yang kamu capai setakat ini adalah kejayaan teragung bagi seorang isteri...dan lambang kasih sayang kamu terhadap Batrisyia dan Daniel, cucu-cucu tok mama..

Monday, February 28, 2011

bi'ah dengan gomen - cerita kenangan manis..

Salam, tahniah kepada rakan rakan yang dapat tawaran new deal dari kerajaan. hari ini terima dari Pm di Merlimau Melaka.Itu rezeki le ye.. tapi rezeki pun bukan datang bergolek, kelian telah banyak berusaha. Bagi yang tak dapat ni, Allah mungkin tetapkan rezki lain pula. Namun sepanjang 32 tahun aku menjadi guru ni, rasanya banyak ganjaran terbaik telah didapati :
Anugerah cemerlang..dapat le 3 kali, (1992, 1998, 2009).. lama jaraknya tu..bukan setiap tahun setiap 10 tahun weh.. tetapi gomen hantar pulak ke Michigan USA pada 2001 , dan sekali lagi ke Universiti of Nottingham United Kingdom pada tahun 2002..merasa le bentang paper kepada Mat saleh.. Theory Of Constraints..for the 5 th and 6th International Convention respectively. tahun 2006 dulu dapat pula anugerah ' Pingat Pekerti Terpilih 'PPT dari Ke Bawah Duli Sultan Perak. Tahun 2010 dapat pulak ke istana lagi, 'Ahli Mahkota Perak' AMP.
Cerita kejayaan ini tak habis lagi weh.. tahun 2008 PPD bagi 'Pingat Penghormatan Guru Daerah' dan tahun 2009 dapat pulak 'Pingat Penghormatan Guru Negeri' - dapat jam tangan dan hand phone lagi.. itulah anugerah nak cerita dengan cucu cucu comel Tok Mama. Atok pun apa kurangnya, dapat anugerah Melintang 3 tahun berturut turut (2002,2003,2005), Pingat Kesatria Angkatan Tentera dari Agong (KAT), Ahli Cura Simanja Kini (ACM) dari Sultan Perak, AMP, PNBB.. hish.. semua tu dunia belaka tetapi cukuplah nak buktikan bahawa gomen tahu sumbangan kita, bukan dapat title dato'pun tapi kita rasa dihargai...dan semua ini memang membahagiakan.. Namun , ada lagi masa sekiranya Allah izinkan , untuk terus meningkatkan prestasi diri, dan profession.
`Last week seorang rakanku menghembuskan nafas terakhir, Puan Zuraidah namanya,semoga Allah golongkan beliau dalam hamba yang dikasehi..dan beriman.anak bongsuku bertanya dengan nada risau.. mak, sekarang ni dah ramai kawan mak pergi meninggalkan kita.. aku faham maksudnya takut giliranku di jemput pula... Allah maha Besar, dariNya kita datang kepadaNya kita dikembalikan...

Sunday, February 13, 2011

new vision in new environment

Hari ini selepas 2 hari balik dari Songkla, hubby ajak pulak mandi manda di Teluk Batik bawa pula cucu Ipoh. Last week, cuti CNY ke Port Dickson bawa cucu KL.Ke Songkla menghadiri 2 nd International Academic and Cultural Festival di Wichanchom School, Songkla .Selama 3 hari di sana mulai Rabu hingga Jumaat. Dalam perjalanan ada berita sedih diterima tentang keluarga, tapi tugas perlu diutamakan.Pada masa yang sama masih berhubung dengan anak-anak dan hubby yang tinggal seorang di rumah, Itu le sebabnya bila dia ajak ke Teluk Batik, tak boleh tolak, kesian dia.
Pagi semalam , sabtu. walaupun masih penat tetapi kena hadir mesyuarat agung PIBG sekolah. Jam 7.30 dah pergi, sbb mesyuarat mula kam 8.30 pagi. Majlis diresmikan oleh En Ismail Ibrahim, Pen pengarah Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Perak. Okay le tu.Beliau juga telah bersama kami di Songkla dan seorang PP KoAkademik lain En Nazeri.
Happy to be back in school, jumpa semula semua guru, dont know wheather they miss me or not, selfish punya statement pulak. But I know i miss school, and they,esp my PK Pk has done good job. When function over I congratulate them.
Whatever it is I am very thankful to Allah for these three things:
1) I am healthy, not taking any pills for any sickness cept susu kambing
2) My motivation to work is still very high, I like my job and will always explore what i can add colours to my history of teaching profession.
3) Last but not least, I have a very strong backing , strong motivator, mentor and lovable room mate, my hubby.
To all my children and cucus, all of you are my inspiration!!

Thursday, January 13, 2011

catatan ini akan ditulis mengikut rentak hati tidak semestinya cerita dulu-dulu aje. dalam dekad kedua milinium kedua ,ini ada cerita baru.Ceritanya: bertukar ke sekolah baru, selepas 32 tahun jadi cikgu.Dalam tempoh itu jadi GB dah masuk satu setengah dekad. sebenarnya banyak nak cerita, pengalaman manis-manis, tak banyak yang pahit, boleh dianggap anugerah Allah kepada diri ini.
Dalam satu konferen peringkat antarabangsa yang dihadiri di KLCC, iaitu 14 th International Conference On Thinking (ICOT) , Tony Buzan, an author, an educational consultant menulis tentang zaman ini saperti berikut:This is the Age of the Intelligence, The century of the brain,The milineum of the mind .. pemikiran yang hebat saperti ini perlu direnungkan sedalamnya.
Berbalik kepada cerita sekolah baru, aku mula sedar memang berhijrah itu penting, alangkan Nabi Muhamad pun berhijrah.. senerio baru,warga pendidikan baru, murid-murid baru menjadikan mood bertugas juga lebih segar dan menyeronokkan. sekurang-kurangnya boleh share idea dan pengalaman hidup yang banyak ini kepada kumpulan yang lain pula, walaupun sayugia diingatkan tak pernah pula aku rasa jemu atau kehabisan idea di sekolah lama dulu.
Teringat masa kecil-kecil dulu, bila hari pertama pergi sekolah masuk darjah satu, semua guru kawan ayah, jadi aku yang bersaiz kecil ni, ayah letak atas meja cikgu Ramlah, guru kelas aku.Nak tayang kut anak dia. Lepas rehat barulah aku duduk di kerusi bersama kawan-kawan lain.
Aku teringat semua guru guru ku bagi yang telah meninggal semoga Allah cucuri rahmat kepada mereka.darjah saru, cikgu Ramlah. Darjah 2 dan 3 Cikgu Jah, Darjah 4 Cikgu Mashitah, darjah 5 Cikgu Faezah dan darjah 6 ,cikgu Kamsiah,walau bagaimanapun cikgu Ramlah dan Cikgu Kamsiah dah lama meninggal, yang lain tu ada lagi, semoga Allah panjangkan umur mereka untuk terus beribadat kepada Allah..
Guru besar masa aku darjah1-4 ialah Cikgu Bakir dan lepas tu Cikgu Lop Ahmad. Semasa dalam darjah enam tugas akau kemas bilik Guru besar,, orangnya tall, fair and handsome.. itu memang aku ingat.Cikgu Lop memang percaya pada aku. Dia mengajar bahasa Melayu, Bila ada ujian; soalan ada atas meja tapi akau tak berani tengok.. amanah!!

Saturday, January 8, 2011

bagaimana nak mula....

salam semua,
masa dulu-dulu...(long time ago...30-35 yrs) sebelum berkahwin suka juga menulis ni, hingga pernah menang menulis terjemahan cerita Hans Kristian Andersen ,oleh DBP pada tahun 1979.Bila kehidupan mula sebuk dengan anak pertama, Emy,lepas tu Inaz ,Ain, Falahi dan Shira, setakat menulis buku rekod saja yang sempat.
Bila dah tua-tua ni, tengok blog anak-anak, seronok pulak nak join,cerita mak lagi banyak tapi bertangguh saja kerana tak tahu bila nak mula...
Ayah mak dulu seorang cikgu sekolah mengajar bahasa Inggeris, baik sekali ,ibu pula surirumah yang amat penyabar.Moyang kelian iaitu bapa kepada atok tadi cikgu juga, guru pelawat tugasnya.
Masa kecil hidup mak dikelilingi oleh datuk nenek di kampung, seronok, meriah, saudara mara ramai. boleh kata satu kampung tu semua sedara mara kita, atuk kelian pulak cikgu di situ, moyang sedara kelian ketua kampung pulak..memang seronok masa kecik-kecik dulu..

Sunday, March 21, 2010

Trip To Turkey

Assalamualaikum buat semua.(rupanya cerita ini masih dalam draft)

Trip to Turki
Hari ini, jam 7 pagi ,21 Mac 2010 mendarat di KLIA setelah berada di bumi Ambiya, Turki selama 8 hari. Bertolak pada hari Jumaat malam seminggu yang lalu dan menjelajah hampir separuh daripada keindahan dan peninggalan sejarah di turki yang dimiliki oleh negeri yang 95% rakyatnya beragama Islam. Gambar-gambar menarik diposkan...