Saturday, March 5, 2011

Semalam dan Hari ini..

Salam semua, blog ini sebenarnya belum ada pengunjungnya sebab aku belum hebahkan lagi kepada kawan-kawan, cukup buat aku catat mana yang teringat. Sebenarnya kalau nak buat cerita bersiri pun boleh, memang panjang, tak ada kesudahannya..Selalu aku catatkan cerita profesyen, kini nak cerita hal diri sendiri pulak.
Semasa aku baru kahwin pada hujung tahun 1979, aku tidak terus tinggal bersama suami kerana beliau bertugas di Port Dickson dan aku mengajar di Taiping, tinggal sorang- sorang, selama 3 minggu sebelum bersalinkan cahaya mata pertama , aku tinggal dengan Cho dan Abg min.(Hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka), Emy lahir pada 21 Sept 1980, comelnya dia, putih, gebu dan matanya sepet. Selepas pantang tinggallah Emy denga Opah dan Atok hingga berumur 5 bulan sebelum aku bawanya ke Port Dickson.Sedih lah opah dan atok serta Chu yang amat memanjakan Emy. Di Port Dickson Emy dijaga oleh makcik dekat rumah , baik orangnya. Emy membesar dengan penuh kasih sayang dan abah tetap disiplinkan dia.
Emy anakku, kamu adalah sinar dalam hidup mak dan abah. Kamu cemerlang dalam UPSR tanpa tuisyen atau kelas tambahan, malah sebok menjaga adik-adik kerana abah berada di Sarawak.Kamu pandai menjaga adik-adik kamu, namun kamu bukan jenis yang bercakap banyak. Kamu tak mahu menyusahkan orang, malah adik adik kamu sendiri, kamu simpan cerita suka cerita duka hingga hari ini, lambang isteri yang amat setia , namun cuma jauhari yang mengenal manikam...ketahuilah anakku apa saja pengorbanan kamu terhadap kejayaan yang kamu capai setakat ini adalah kejayaan teragung bagi seorang isteri...dan lambang kasih sayang kamu terhadap Batrisyia dan Daniel, cucu-cucu tok mama..

No comments:

Post a Comment