Thursday, January 13, 2011

catatan ini akan ditulis mengikut rentak hati tidak semestinya cerita dulu-dulu aje. dalam dekad kedua milinium kedua ,ini ada cerita baru.Ceritanya: bertukar ke sekolah baru, selepas 32 tahun jadi cikgu.Dalam tempoh itu jadi GB dah masuk satu setengah dekad. sebenarnya banyak nak cerita, pengalaman manis-manis, tak banyak yang pahit, boleh dianggap anugerah Allah kepada diri ini.
Dalam satu konferen peringkat antarabangsa yang dihadiri di KLCC, iaitu 14 th International Conference On Thinking (ICOT) , Tony Buzan, an author, an educational consultant menulis tentang zaman ini saperti berikut:This is the Age of the Intelligence, The century of the brain,The milineum of the mind .. pemikiran yang hebat saperti ini perlu direnungkan sedalamnya.
Berbalik kepada cerita sekolah baru, aku mula sedar memang berhijrah itu penting, alangkan Nabi Muhamad pun berhijrah.. senerio baru,warga pendidikan baru, murid-murid baru menjadikan mood bertugas juga lebih segar dan menyeronokkan. sekurang-kurangnya boleh share idea dan pengalaman hidup yang banyak ini kepada kumpulan yang lain pula, walaupun sayugia diingatkan tak pernah pula aku rasa jemu atau kehabisan idea di sekolah lama dulu.
Teringat masa kecil-kecil dulu, bila hari pertama pergi sekolah masuk darjah satu, semua guru kawan ayah, jadi aku yang bersaiz kecil ni, ayah letak atas meja cikgu Ramlah, guru kelas aku.Nak tayang kut anak dia. Lepas rehat barulah aku duduk di kerusi bersama kawan-kawan lain.
Aku teringat semua guru guru ku bagi yang telah meninggal semoga Allah cucuri rahmat kepada mereka.darjah saru, cikgu Ramlah. Darjah 2 dan 3 Cikgu Jah, Darjah 4 Cikgu Mashitah, darjah 5 Cikgu Faezah dan darjah 6 ,cikgu Kamsiah,walau bagaimanapun cikgu Ramlah dan Cikgu Kamsiah dah lama meninggal, yang lain tu ada lagi, semoga Allah panjangkan umur mereka untuk terus beribadat kepada Allah..
Guru besar masa aku darjah1-4 ialah Cikgu Bakir dan lepas tu Cikgu Lop Ahmad. Semasa dalam darjah enam tugas akau kemas bilik Guru besar,, orangnya tall, fair and handsome.. itu memang aku ingat.Cikgu Lop memang percaya pada aku. Dia mengajar bahasa Melayu, Bila ada ujian; soalan ada atas meja tapi akau tak berani tengok.. amanah!!

1 comment: