Saturday, January 8, 2011

bagaimana nak mula....

salam semua,
masa dulu-dulu...(long time ago...30-35 yrs) sebelum berkahwin suka juga menulis ni, hingga pernah menang menulis terjemahan cerita Hans Kristian Andersen ,oleh DBP pada tahun 1979.Bila kehidupan mula sebuk dengan anak pertama, Emy,lepas tu Inaz ,Ain, Falahi dan Shira, setakat menulis buku rekod saja yang sempat.
Bila dah tua-tua ni, tengok blog anak-anak, seronok pulak nak join,cerita mak lagi banyak tapi bertangguh saja kerana tak tahu bila nak mula...
Ayah mak dulu seorang cikgu sekolah mengajar bahasa Inggeris, baik sekali ,ibu pula surirumah yang amat penyabar.Moyang kelian iaitu bapa kepada atok tadi cikgu juga, guru pelawat tugasnya.
Masa kecil hidup mak dikelilingi oleh datuk nenek di kampung, seronok, meriah, saudara mara ramai. boleh kata satu kampung tu semua sedara mara kita, atuk kelian pulak cikgu di situ, moyang sedara kelian ketua kampung pulak..memang seronok masa kecik-kecik dulu..

2 comments:

  1. cerita la lagi... kalau tak tak tau la semua salasilah.

    dah start berbelog ni, kena la rajin update yeh

    ReplyDelete
  2. itu je ke yang mak tulis???? tulis la lagi. kejap je tulis blog ni. and tulis blog la yang paling senang n fast. coz it comes straight from our heart =)

    ReplyDelete