Monday, February 28, 2011

bi'ah dengan gomen - cerita kenangan manis..

Salam, tahniah kepada rakan rakan yang dapat tawaran new deal dari kerajaan. hari ini terima dari Pm di Merlimau Melaka.Itu rezeki le ye.. tapi rezeki pun bukan datang bergolek, kelian telah banyak berusaha. Bagi yang tak dapat ni, Allah mungkin tetapkan rezki lain pula. Namun sepanjang 32 tahun aku menjadi guru ni, rasanya banyak ganjaran terbaik telah didapati :
Anugerah cemerlang..dapat le 3 kali, (1992, 1998, 2009).. lama jaraknya tu..bukan setiap tahun setiap 10 tahun weh.. tetapi gomen hantar pulak ke Michigan USA pada 2001 , dan sekali lagi ke Universiti of Nottingham United Kingdom pada tahun 2002..merasa le bentang paper kepada Mat saleh.. Theory Of Constraints..for the 5 th and 6th International Convention respectively. tahun 2006 dulu dapat pula anugerah ' Pingat Pekerti Terpilih 'PPT dari Ke Bawah Duli Sultan Perak. Tahun 2010 dapat pulak ke istana lagi, 'Ahli Mahkota Perak' AMP.
Cerita kejayaan ini tak habis lagi weh.. tahun 2008 PPD bagi 'Pingat Penghormatan Guru Daerah' dan tahun 2009 dapat pulak 'Pingat Penghormatan Guru Negeri' - dapat jam tangan dan hand phone lagi.. itulah anugerah nak cerita dengan cucu cucu comel Tok Mama. Atok pun apa kurangnya, dapat anugerah Melintang 3 tahun berturut turut (2002,2003,2005), Pingat Kesatria Angkatan Tentera dari Agong (KAT), Ahli Cura Simanja Kini (ACM) dari Sultan Perak, AMP, PNBB.. hish.. semua tu dunia belaka tetapi cukuplah nak buktikan bahawa gomen tahu sumbangan kita, bukan dapat title dato'pun tapi kita rasa dihargai...dan semua ini memang membahagiakan.. Namun , ada lagi masa sekiranya Allah izinkan , untuk terus meningkatkan prestasi diri, dan profession.
`Last week seorang rakanku menghembuskan nafas terakhir, Puan Zuraidah namanya,semoga Allah golongkan beliau dalam hamba yang dikasehi..dan beriman.anak bongsuku bertanya dengan nada risau.. mak, sekarang ni dah ramai kawan mak pergi meninggalkan kita.. aku faham maksudnya takut giliranku di jemput pula... Allah maha Besar, dariNya kita datang kepadaNya kita dikembalikan...

No comments:

Post a Comment